Mengenai Sistem Sun Century Malaysia

Sun Century Malaysia adalah projek kerjasama restas sempadan yang dilancarkan oleh Adamasa Network Sdn. Bhd. dan Sun Century Group Co., Ltd. Oleh kerana model perniagaan inovatif Sun Century mempunyai potensi pembangunan yang ideal dimana ia meletakkan konsep ekonomi perkongsian di dalam perniagaan, dipromosikan dengan tujuan “membina kehidupan yang sihat” dan menyediakan “pelbagai produk penjagaan kesihatan”. Kesemua elemen ini sepadan dengan arah tujuan syarikat yang fokus kepada penyediaan produk penjagaan kesihatan semulajadi yang berkualiti tinggi dan meningkatkan tahap kesihatan manusia. Melalui saluran pemasaran ADAMASA, Sun Century Malaysia akan dapat meransang dan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan hasil kerjasama ini, perniagaan ADAMASA telah berkembang di pasaran antarabangsa dengan pantas. Di samping itu, jumlah pelaburan yang besar telah dilaburkan ke dalam Sun Century, ini adalah kerana visi dan dan kelebihan persaingan Sun Centuy Group telah meyakinkan dan mengajak ADAMASA untuk menyertai projek ini.

Adamasa Network Sdn. Bhd. adalah syarikat jualan langsung yang sah khusus dalam bidang penyelidikan, pembangunan, pengeluaran, pengkomersialan produk penjagaan kesihatan dan perniagaan lain yang berkaitan. Pengalaman dan saluran pengedaran jualan ADAMASA di Malaysia telah diintegrasikan dengan baik bersama Sun Century yang menjadikan SUN Century Malaysia salah sebuah syarikat yang menyerlah di pasaran antarabangsa. Semasa penubuhan Sun Century Malaysia, ADAMASA adalah merupakan sebuah syarikat perintis yang membangunkan pasaran Malaysia dan telah membawa semua pekerja dan rakan kongsi perniagaannya untuk bekerjasama dalam projek ini dan telah membantu Sun Century Malaysia untuk mencapai pencapaian yang luar biasa sejurus selepas penubuhannya.

Latar belakang Syarikat

Adamasa Network Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 2009 di Malaysia, ADAMASA merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang sah, pakar dalam penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan, pembuatan, jualan dan perkhidmatan, serta perniagaan lain yang berkaitan. Meskipun merupakan ahli baru dalam industri pemasaran yang berangkaian besar, ADAMASA telahpun berkembang dengan pantas dan pesat.

ADAMASA percaya, melalui pengeluaran dan penyelidikan produk penjagaan kesihatan semulajadi akan membina masa depan yang lebih sejahtera dan sihat. Untuk mencapai matlamat ini, ADAMASA telah membina pasukan pengurusan yang kukuh dan menjalankan perniagaannya selaras dengan misi dan visi syarikat disamping mengekalkan nilai yang dikongsi bersama dalam pasukan. Semua orang yang terlibat dapat menikmati kehidupan mereka dan bekerja bersama-sama bagi meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup masyarakat.

Sebagai sebahagian daripada dunia, ADAMASA menyasarkan untuk memberikan manfaat kepada masyarakat dan meningkatkan kesihatan manusia melalui pengeluaran dan membekalkan makanan tambahan penjagaan kesihatan semulajadi. Pada masa hadapan, ADAMASA akan terus bekerja keras dan menambahbaik sistem, mengembangkan perniagaannya ke pasaran antarabangsa serta mencapai wawasan masa depan yang lebih sejahtera dan sihat. Pada masa ini, ADAMASA bekerjasama dengan Sun Century Global untuk bersama-sama mempromosikan perniagaan SIstem Sun Century dalam hentian pertama mereka iaitu di Asia Tenggara.


Sun Century Group Co., Ltd.

Sun Century Group Co., Ltd. adalah sebuah syarikat peneraju dalam membangunkan pasaran multinasional dan berusaha menawarkan produk dan perkhidmatan yang pelbagai kepada masyarakat dan percaya kepada “mewujudkan kehidupan yang sihat” dan “barisan produk penjagaan kesihatan yang lengkap”. Memperkenalkan produk berkualiti termasuk penjagaan kesihatan, penjagaan kulit, penjagaan kecantikan, kosmetik, penjagaan tubuh dan sebagainya. Kami ingin membantu dan memberikan inspirasi kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat, membina keyakinan diri dan berkarisma.

Pengasas kami percaya bahawa industri penjagaan kesihatan mempunyai kelebihan yang komprehensif tanpa mengira sifat pasaran masa hadapan. Setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk berkembang maju dalam industri ini. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga anda, anda telahpun memulakan perniagaan penjagaan kesihatan pertama anda di Sun Century. Model perniagaan Sun Century kami adalah inovatif dan revolusioner dimana ia mengumpulkan orang-orang yang sehaluan dan bersemangat dari seluruh dunia untuk berkumpul dan menawarkan peluang kepada mereka untuk membina kekayaan melalui perkongsian gaya hidup yang sihat ini.

Pada masa hadapan, kami akan terus mengekalkan objektif “mewujudkan kehidupan yang sihat” dan “barisan produk penjagaan kesihatan yang lengkap”, serta mengembangkan perniagaan ke pasaran global, membina pasukan pemasaran yang kukuh, meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat dan membolehkan lebih banyak orang untuk mencapai kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan dengan menyertai perniagaan penjagaan kesihatan ini. Kami komited untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan untuk semua sebagai visi syarikat kami, membuat kebaikan, menegakkan keadilan, disamping memupuk kasih sayang sebagai budaya syarikat kami. Kami juga membawakan kesihatan, keusahawan dan kekayaan sebagai nilai kehidupan, membina platform perkongsian perniagaan yang memberikan kebahagiaan dan mengembangkannya secara global dan akhirnya berkongsi kesihatan, berkongsi kebahagiaan dan kongsi kejayaan.