Soalan Lazim
(FAQ)

Apakah bahan utama yang digunakan dalam produk Gincell?

ASemua produk dalam siri Gincell mengandungi Stem Sel Ginseng Liar Korea berusia 50 tahun ke atas sebagai bahan utama yang dipatenkan. Ia selamat dan melalui ujian keseragaman nutrien serta diperkayakan dengan Rare Ginsenosida untuk membawa manfaat kesihatan kepada semua.

Setiap produk Gincell mempunyai formulasi bioavailable yang unik dengan kesan sinergi untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.

Apakah manfaat kesihatan Ginseng Liar?

Bahan aktif utama ginseng adalah sekumpulan saponin semulajadi yang dikenali sebagai ‘Rare Ginsenosides’. Ginseng Liar juga dinamakan Panax ginseng. “Panax” dalam bahasa Yunani bermaksud ‘Untuk Segala Penyembuhan’. Ia dicatatkan dalam buku perubatan Cina tradisional dan menunjukkan kesan ajaib dalam pelbagai keadaan kesihatan. Oleh itu, Ginseng Liar dikenali sebagai “Raja Herba”.

Adakah selamat untuk mengambil Ginseng Liar untuk jangkamasa yang berpanjangan?

Ginseng Liar mempunyai rekod keselamatan pengambilan yang amat baik, dan jarang sekali berlaku interaksi yang tidak selesa.

Saya mendengar bahawa pengambilan Ginseng boleh menyebabkan symptom seperti sakit kepala atau insomnia, adakah ianya benar?

Sekiranya anda mengambil ginseng yang tumbuh kurang daripada 6 tahun, kandungan Makromolekul Ginsenosida (PPT) yang sukar diserap oleh tubuh mungkin menyebabkan ketidakselesaan seperti sakit kepala, insomnia atau demam. Akan tetapi, melalui bioteknologi terpaten kami menggunakan Ginseng Liar melebihi 50 tahun untuk menghasilkan mikromolekul Ginsenosida (PPD) yang mudah diserap oleh tubuh dan diuji tidak akan menyebabkan gejala ‘panas’ seperti ginseng lain.

Kenapa sesetengah produk Gincell mengandungi kalium sorbate atau natrium benzoat? Adakah bahan-bahan ini selamat untuk dikonsumsi?

Kalium sorbate adalah garam semulajadi dengan kesan antibakteria yang boleh memanjangkan jangka hayat makanan atau minuman dengan menghalang pertumbuhan kuman, yis dan kulat. Sumbernya adalah berasal daripada pokok Eucalyptus regnans yang ditemui oleh orang Perancis pada tahun 1850. Natrium benzoat juga ditemui secara semula jadi dalam cranberry, prun, asam beri, kayu manis, buah cengkih dan epal.

Kedua-dua ramuan ini telah digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam makanan dan minuman selama 50 tahun dan diiktiraf sebagai selamat (GRAS) oleh Badan Pengawalan Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Adakah produk Salaam mungkin berinteraksi dengan ubat preskripsi yang saya ambil?

Produk Salaam adalah selamat untuk digunakan sebagai makanan atau suplemen makanan. Namun bagi sesetengah orang, beberapa ubat preskripsi mungkin berinteraksi dengan makanan atau bahan tertentu. Jika anda sedang mengambil ubat atau menerima rawatan perubatan, sila berunding dengan doktor anda jika bimbang tentang kontraindikasinya.

Adakah produk Salaam selamat untuk diambil oleh kanak-kanak atau wanita yang mengandung?

Produk Salaam adalah diformulasikan umum untuk semua orang yang memerlukan nutrisi harian tambahan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi. Bagi kanak-kanak, wanita hamil atau menyusu, jika anda bimbang tentang kontraindikasi, sila berunding dengan doktor anda.

Apakah cara yang sesuai untuk menyimpan produk Salaam?

Adalah wajar untuk menyimpan produk di tempat yang sejuk dan kering. Elakkan dari sinaran matahari langsung untuk mengelakkan penguraian bahan aktif.

Kenapa warna atau rasa produk tidak sama dengan kelompok yang sebelumnya?

Bahan-bahan semulajadi yang digunakan mungkin berbeza dari segi warna atau rasa bergantung pada musim penuaian. Walau bagaimanapun, semua kandungan bahan aktif diuji untuk memastikan kualiti semua produk adalah konsisten dan memenuhi piawaian.

Start typing and press Enter to search